20 Julai 2011

:: Kembalilah kepada Tuhanmu ::

bringquran
Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba-Ku. Masuklah ke dalam surga-Ku” (QS Al-Fajr [89]:27-30)
Ungkapan lembut tersebut adalah rayuan Allah kepada hamba-hamba-Nya yang juga disertai ajakan yang provokatif. Bagaimana mungkin kita tidak terpanggil dengan rayuan semacam itu?
Kita mampu berusaha dengan gigih saat jiwa kita sedang asyik dengan Al-Qur’an. Tetapi di saat yang lain, kita mungkin mengalami keadaan yang amat malas, jangankan disuruh menghafal, sekadar melihat mushaf pun tidak bersedia. Untuk situasi seperti itu, kita perlu merayu diri sendiri, merenungi kehidupan diri kita sendiri sambil mencari apa yang dapat membangkitkan semangat kita untuk kembali berusaha: meraih cita-cita hidup bersama Al-Qur’an.
Pelbagai permasalahan umum pada diri kita saat berinteraksi dengan Al-Qur’an antara lain:
  1. Kita sedar sepenuhnya bahawa tilawah setiap hari adalah keharusan, tetapi jiwa kita belum bersedia untuk komitmen secara istiqomah sehingga dalam sebulan, begitu banyak hari-hari telah disiakan tanpa tilawah Al-Qur’an.
  2. Kita faham bahawa menghafal Al-Qur’an adalah kemuliaan yang besar manfaatnya, tetapi jiwa kita belum bersedia untuk meraihnya dengan mujahadah.
  3. Kita sedar bahawa masih banyak ayat yang belum kita fahami, namun jiwa kita tidak bersedia untuk melakukan pelbagai langkah untuk memahami isi Al-Qur’an.
  4. Kita sedar bahawa mengajarkan Al-Qur’an sangat besar fadhilatnya, tetapi kerana kurangnya penghargaan ummat terhadap para pengajar Al-Qur’an maka sangat sedikit yang bersedia menjadi pengajar Al-Qur’an.
  5. Kita faham solat yang baik – khususnya solat tahajjud – adalah solat yang panjang dan sebenarnya kita mampu membaca banyak ayat, namun jiwa kita kadang-kadang tidak tertarik terhadap besarnya fadhillah membaca Al-Qur’an di dalam solat.
  6. Kita sedar dakwah dijamin oleh nash Al-Qur’an dan Allah SWT akan memberikan kemenangan, namun jiwa kita tidak sabar dengan prosesnya yang panjang sehingga cenderung meninggalkan atau lari dari medan dakwah.
  7. Kita memahami banyak keutamaan di dunia dan akhirat bagi manusia yang berinteraksi dengan Al-Qur’an, tetapi fadhillah tersebut hanya menjadi pengetahuan, tidak mampu menghasilkan semangat yang besar untuk beristiqamah dalam berinteraksi dengan Al-Qur’an.
  8. Kita faham dengan sangat jelas semua tokoh Islam di atas bumi ini adalah orang-orang yang telah terdidik dengan ilmu Al-Qur’an dan merekapun menguasai kehidupan dunia, namun jiwa kita enggan mempersiapkan generasi mendatang yang hidupnya berada di bawah naungan Al-Qur’an

Tiada ulasan:

Catat Ulasan